NADI – TINY TECHIES : Micro’bit, Robotik, Pyhthon, HTLM dan SQL

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

18 & 19 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Tiny Techies: Micro’bit, Robotik, Pyhthon, HTLM dan SQL. Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 3 orang peserta sekolah rendah dan 3 orang peserta sekolah menengah terlibat dalam kelas ini.

Kelas Tiny Techies memperkenalkan pelajar kepada dunia teknologi melalui lima modul menarik iaitu Micro:bit, Robotik, Python, HTML dan SQL. Dalam modul Micro:bit, pelajar belajar menggunakan papan kecil yang boleh diprogramkan untuk menghasilkan projek mudah seperti lampu berkelip dan penggera mini. Modul Robotik pula memberi peluang kepada pelajar memahami cara robot bergerak dan memprogramkannya mengikut arahan. Seterusnya, pelajar diperkenalkan kepada Python, iaitu bahasa pengaturcaraan mudah yang digunakan untuk membuat aplikasi dan permainan. Dalam modul HTML, pelajar diajar menulis kod asas untuk membina laman web sendiri, manakala modul SQL memperkenalkan cara menyimpan dan menguruskan maklumat dalam pangkalan data. Kesemua kelas ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membina asas penting dalam kemahiran teknologi masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali